Petikan dari Buku Membina Cinta Suci karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Apabila seseorang mula memutuskan untuk berkahwin, maka lihatlah empat aspek ini iaitu, kenal, kelas kufu, dan kasih..
Kenal ialah ta’ruf; kenal hati budinya, peribadi, keturunan, falsafah hidup, pendidikan, kelulusan dan sebagainya. Pastikan anda kenal dirinya sebelum menderita oleh’buta’ yang terjadi sewaktu bercinta.
Kelas ialah sejauh mana mendalam fahaman agamanya.
Kufu . Maksud kufu ialah, apakah seimbang? Kufu juga bermaksud serasi dari sudut kedudukan harta, pangkat, ilmu dan juga keturunan, supaya tidak timbul jurang yang terlalu dalam sebab terkadang hal-hal seperti ini sering menjadi sebab untuk pertelingkahan berlaku.
Kasih adalah suatu perasaan yang jujur untuk saling menyayangi. Ini penting sebab alam berumah tangga itu tidak semestinya tenang sepanjang masa. Adakalanya dilanda ribut masalah, hanya kasih sayang yang tulus, jujur, dan ikhlas mampu mengekalkan perhubungan hati dimiliki oleh dua insan yang berlainan.

da bersedia nak kawin?hehe
ReplyDelete